Monday, 22 June 2015

PENGURUSAN LADANG, PEMASARAN & LATIHAN


PENGURUSAN LADANG, PEMASARAN & LATIHAN


Bagi menjayakan misi dan visi koperasi, beberapa jawatankuasa telah dibentuk (rujuk carta organisasi ) agar dominasi harga yang selama ini dipegang oleh kelompok orang tengah dapat dikurangkan seterusnya dapat dibendung supaya suatu masa nanti harga akan ditentukan sendiri oleh petani, bukan lagi orang tengah. Bagi menjayakan matlamat ini, pihak koperasi akan menyusun beberapa strategi yang difikirkan perlu iaitu antaranya ialah Projek Pengeluaran Berkelompok (di bawah Biro Pengurusan Ladang) dan juga Projek Pemasaran Berkelompok (di bawah Biro Pengurusan Pemasaran) yang mana petani hanya akan mengeluarkan output di atas permintaan manakala pemasar pula akan mencari, membuka dan meluaskan pasaran tanaman-tanaman yang difikirkan dapat meningkatkan daya saing dan harga yang lebih baik berbanding mengharapkan harga daripada orang tengah atau pemborong pasar besar negeri.

Melalui dua projek  besar ini koperasi akan ‘menguruskan’ aktiviti penanaman tanaman secara berjadual di ladang ladang milik ahli KANS serta berkerjasama dengan pengusaha ladang (ahli), pemborong hasil tanaman, pengguna dan agensi-agensi kerajaan seperti FAMA, PPK, Jabatan Pertanian Daerah dan lain-lain. Selain daripada itu KANS juga akan menyediakan perkhidmatan latihan di bawah Skim Latihan dan Usahawantani (di bawah Biro Latihan) dan sudah pastinya latihan-latihan yang akan diberikan ini adalah menepati kehendak pengeluaran sesuatu produk makanan yang akan dipasarkan. Justeru apabila pasaran-pasaran yang sudah dikenalpasti ini dapat dipenuhi maka akan wujudlah harga yang kompetetif untuk pengusaha atau petani yang akan mengeluarkan hasil tanaman tersebut secara berjadual. Pusat-pusat latihan yang akan disediakan adalah terdiri daripada pusat pengeluaran makanan itu sendiri dan ianya hendaklah mendapat kelulusan daripada pihak KANS terlebih dahulu dan mendapat sokongan daripada Jabatan Pertanian (merujuk kepada surat sokongan daripada agensi kerajaan) bagi mengendalikan sebarang aktiviti latihan ataupun kursus.

No comments:

Post a Comment

peta lokasi

BALAI INFOMASI PERTANIAN KUNDUR 73100 REMBAU NEGERI SEMBILAN