KOPERASI AGROPRENURE
NEGERI SEMBILAN BERHAD (N-4-067) adalah sebuah koperasi yang telah
didaftarkan dengan tujuan untuk menyatukan petani di seluruh Negeri Sembilan umumnya.
KANS ditubuhkan bagi meningkatkan taraf ekonomi petani kepada satu tahap yang
lebih tinggi berbanding sebelumnya selari dengan hasrat kerajaan untuk
menjadikan negara ini sebagai sebuah negara pengeluar makanan.
Selain itu,
KANS juga berperanan sebagai wadah kepada suara golongan petani tempatan untuk
menyuarakan hasrat, pandangan, pendapat mahupun idea bagaimana sektor pertanian
dapat dijadikan sebuah sektor yang sangat berdaya maju pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment