Monday, 22 June 2015

PENGURUSAN LADANG, PEMASARAN & LATIHAN


PENGURUSAN LADANG, PEMASARAN & LATIHAN


Bagi menjayakan misi dan visi koperasi, beberapa jawatankuasa telah dibentuk (rujuk carta organisasi ) agar dominasi harga yang selama ini dipegang oleh kelompok orang tengah dapat dikurangkan seterusnya dapat dibendung supaya suatu masa nanti harga akan ditentukan sendiri oleh petani, bukan lagi orang tengah. Bagi menjayakan matlamat ini, pihak koperasi akan menyusun beberapa strategi yang difikirkan perlu iaitu antaranya ialah Projek Pengeluaran Berkelompok (di bawah Biro Pengurusan Ladang) dan juga Projek Pemasaran Berkelompok (di bawah Biro Pengurusan Pemasaran) yang mana petani hanya akan mengeluarkan output di atas permintaan manakala pemasar pula akan mencari, membuka dan meluaskan pasaran tanaman-tanaman yang difikirkan dapat meningkatkan daya saing dan harga yang lebih baik berbanding mengharapkan harga daripada orang tengah atau pemborong pasar besar negeri.

Melalui dua projek  besar ini koperasi akan ‘menguruskan’ aktiviti penanaman tanaman secara berjadual di ladang ladang milik ahli KANS serta berkerjasama dengan pengusaha ladang (ahli), pemborong hasil tanaman, pengguna dan agensi-agensi kerajaan seperti FAMA, PPK, Jabatan Pertanian Daerah dan lain-lain. Selain daripada itu KANS juga akan menyediakan perkhidmatan latihan di bawah Skim Latihan dan Usahawantani (di bawah Biro Latihan) dan sudah pastinya latihan-latihan yang akan diberikan ini adalah menepati kehendak pengeluaran sesuatu produk makanan yang akan dipasarkan. Justeru apabila pasaran-pasaran yang sudah dikenalpasti ini dapat dipenuhi maka akan wujudlah harga yang kompetetif untuk pengusaha atau petani yang akan mengeluarkan hasil tanaman tersebut secara berjadual. Pusat-pusat latihan yang akan disediakan adalah terdiri daripada pusat pengeluaran makanan itu sendiri dan ianya hendaklah mendapat kelulusan daripada pihak KANS terlebih dahulu dan mendapat sokongan daripada Jabatan Pertanian (merujuk kepada surat sokongan daripada agensi kerajaan) bagi mengendalikan sebarang aktiviti latihan ataupun kursus.

Wednesday, 17 June 2015

Monday, 8 June 2015

PROJEK PEMBAGUNAN KANS





AGRICULTURE FREE SCHOOL (AFC)


Agriculture Free School (AFC) adalah satu Program Khas yang mensasarkan golongan muda yang baru tamat pengajian dengan menerapkan ilmu, kemahiran dan pengalaman yang berkaitan dengan PERNIAGAAN  untuk memantapkan lagi jati diri dalam bidang keusahawanan sebenar pada masa akan datang. Dalam menyahut seruan kerajaan agar syarikat dan industri memainkan peranan yang aktif dalam menwujudkan peluang keusahawanan sebenar kepada golongan  muda dan sejajar dengan platform tanggungjawab korporat sosial dalam penbangunan modal insan, KANS mengalu-alukan golongan muda yang berinspirasi dengan syarat-syarat berikut untuk memohon program AFC:


Rakyat Malaysia yang berkelulusan Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda atau Ijazah Sarjana di dalam bidang Pertanian (khususnya) dan di dalam bidang Pemasaran Perniagaan (umumnya):


  • Mempunyai interpersonal dan komunikasi yang baik.
  • Bersedia untuk di tugaskan di luar Lembah Klang / luar bandar dan juga di luar negara.
  • Berminat untuk memajukan diri.


Calon-calon yang berjaya akan diberikan latihan keusahawanan  sebenar selama setahun dengan cabaran emosi dan fizikal yang pelbagai secara nyata. manakala bagi mereka yang tidak mempunyai sijil ,diploma dan ijazah dalam bidang pertanian tetapi berminat  dan bermotivasi penuh untuk menyertai program ini boleh menjalani latihan asas selama 3 ke 7 bulan setelah tamat anda akan di serap ke peringkat seterusnya   termasuk faedah-faedah yang berkenaan. Calon-calon yang berjaya akan mendapat peluang untuk pendedahan suasana keusahawanan yang sebenar dan mencapai kemahiran-kemahiran dengan melibatkan diri di dalam projek kami.


Faedah-faedah Kerjaya


Calon-calon yang berjaya akan ditawarkan faedah pakej yang komprehensif seperti :


  • Keuntungan 50 % keatas projek yang dijalankan.
  • Program pembangunan diri yang berterusan
  • Kemajuan kerjaya
  • Teknik menjalankan perniagaan tanpa pinjaman bank


Bakal Usahawan  yang dicari KANS BERHAD


Kami sedang mencari calon-calon yang sesuai yang mempunyai kriteria:


  • Bermotivasi diri
  • Berdikari
  • Kemahiran interpersonal dan komunikasi yang baik
  • Berkerjasama
  • Berorientasi tinggi
  • Keinginan untuk berjaya
  • Integriti
  • Inovatif

peta lokasi

BALAI INFOMASI PERTANIAN KUNDUR 73100 REMBAU NEGERI SEMBILAN